Total Pageviews

Sunday 13 September 2015

wake up call~

hallloooiii....waazzapp~
pada pkul 2:30 pagi ni terpanggil nk menjenguk blog yg sudah lama ditinggalkan..*tido lewat,esok jom kita tido dalam kelas*
sebenarnya memang nk bukak pon tapi x berkesempatan nak mengarang,jadinya kalau nak meroyan,meroan kat twitter je. banyak benda nak cerita sebenarnya,tapi tak tau mana satu nak cerita dulu.
zappppppppppp !!!~~ haaa dalam kepala ni terlintas nak cerita pasal life as a student kat universiti ni..menarik tu memang la menarik,mencabar,best,memenuhkan tabung pengalaman kita sebagai manusia.
jadii permulaan nya kat sini,I nak cakap la sikit-sikit kat adik-adik yang baru nak mengenal kehidupan di alam UNIVERSITI dan yang baru nak apply universiti ni..buat yang baru nak apply tu,satu je akak nak pesan *akak sangat,I muda lagi kayhh* ni haaa,masa nak pilih UPU tu,tolongg,tolong,tolong remind yourself ~~~
 (1) jangan tengok status kos tu,contoh laa,I dlu masa zaman sklah kan tak matured lagi,dengar doktor,engineer,architec mcm waaaaaaa hebat ah !!! no !! jangn tengok dari perspektif mcm tu,awak kena tengok kemampuan diri sendiri tu dulu..tak semua orang yang ambik kos engineer,medic boleh survive dalam kos tu..jangan tengok melalui material sangat,dunia sekarang dik oii,jd apa2 pon boleh survive asal ada USAHA..
(2) jangan ikut kawan ke pakwe ke makwe ke..jangan !! sekali lagi I pesan,pilih kos berdasarkan kemampuan diri. kalau awak ikut kawan,habis laa..nanti dia boleh bawak kos tu,awak tertinggal kat belakang tak boleh survive dengan kos tu..menyesal nanti..kawan satu batch I ramai yg quit ats sebab2 tertentu,salah satu nya macam kat ats tu lah..bahaya k adik-adik ku sayang,,fikir dulu semasak masaknya sampai hangus.


ermmm,,,ermmmm....hakak rasa macam tak sempat je nak share pasal life kat universiti ni,sebab dah pukul 3 ni,,esok kelasss ohh tidakkk....nanti I sambung lagi ea kalau ada masa,maklumlah dah nak dekat final exam ni busy sikit.....so nanti I sambung lagi ea,feel free to ask me anything tanya laa....I pn bru nk gain pengalaman banyak lagi nak kena belajar..so sama2 lah kita belajar dalam kehidupan ni...sebab atas dunia ni ALLAH S.W.T ciptakan sesuatu tu bersebab kan, salah satunya utk kita belajar darinya...
so got to log out,byee reader semua..ASSALAMUALAIKUM.
*maaf kalau ada typo,nak cepat kejar masa tido ni...hiksss* adiosss

Sunday 12 April 2015

FRIENDSHIP



I'm backkkk...jeng jeng jeng...last post tu senanya buat sebab esaimen jee..prof nk ambik markah lab..kihkih..tp ikhlas buat tu...cumils kan..*masuk lift org tekan salah floor*...atleast ada la flashback pasal nk buat blog ni...dh stahun Iolls tinggal kan blog yg x pnh di update or di post langsung ni..FYI Iolls ada masuk kelas blog dulu,siap ada sijil ICT lg..kahkah...tp dh 90% lupa apa yg blajar dan dajarkan..mcm xde guna je...kahkahkah...nasib baik password email ingt lg...kkkkk mcm bnyk yg gelak sengsorang je...okkkk this post nk crita pasal apa erkk...of course la pasal life lg kan...life is so advanture..

WANNA SEE A VIDEO ?Kbnyakan video yang diorang hantar boleh laa buat Iolls nangis sampai bengkak mata..ada lg video,tp x muat nk msuk kt sni..besar sngt size dia..




You know what is my weakness ?  EVERYTHING ABOUT FRIEND..from my previous post,I ada ckp I pindah Universiti kan..Sblm pindah tu I nangis sorg2 kt bilik tu 3 hari 3 malam just because sedih nk tinggal kawan2 kt UNISZA tu..bkn sedih nk tinggal course tu..kahkah..for me,kawan yg setia susah dicari..yess tu betol..tp jngn la anggap yg ada,yg x setia ni x bleh jd kawan..I ni kind of susah nk cri kawan yg ngam..sbb x bnyk ckp,susah nk bergaul dgn org yg x kenal..Once I dh syng org tu,I will anggap dia tu forever with me as a bestfriend as long as dia tu x buat hal dgn I yg bleh menjatuhkan maruah..*cehh ayat...*

Manusia..dari segi perwatakan kita dah tau dia ni macam mana..so that,pandai2 la pilih kawan..tppppppp...jngn la biar plk yg xde kawan yg kita anggap jahat tu kawan sorg2..ajak dia,jadi baik macam "KITA"..kehkeh..k prasan lagi...

okkkkkeyh..jauh tersasar dari video tu...hahaha k ni nk crita pasal video tu plk...
Amani xde dalam tu :(..Amani one of my kesayangan laa..Part yg buat I jatuh air mata dalam video tu when EIJA cakap "Anis..balik tau,balik UNISZA"...k tu sedih sioot..Pastu LINA plk cakap "nanti kita g shopping sama-sama..bllaablaablaa sama-sama"...hmm tinggi nya "nanti" dia tu..Insyaallah I try g sana..tppppp kalau xde jalan..hmmm..jom kita nangis sama-sama..yelaa Kelantan dengan Terengganu memang x jauh sangat..tp nak perginya tu susah...

Sedihnyaa laa hoiiii bila kita tinggal orang yg kita sayang..x semua pernah rasa perasaan macam ni kan...*sambil taip blog ni sambil dengar lagu Yiruma,sobsss sedihh T_T,,nangis luuu*

BERSAMBUNG.....................

Tuesday 10 March 2015

My Journey..






Assalamualaikum...Bermulanya kisah hidup yang menjadi pengajaran buat diri sendiri.Diwaktu usia 18 tahun,usia yang mana bagiku masih setahun jagung untuk berdikari,untuk menguruskan hidup bagi diri ini yang tidak pernah berjauhan dari keluarga.Bermulanya kehidupan bagiku selepas tamatnya SPM(Sijil Penilaian Malaysia).6 bulan waktu berada dirumah,aku dan kawanku sibuk berbincang mengenai hala tuju selepas mendapat keputusan SPM.Hampir setiap hari aku memikirkan soal ini.Ada juga terdetik dihati perasaan iri hati terhadap kawanku yang mempunyai abang dan kakak untuk menolong mereka memilih hala tuju mereka.Aku ? Aku adalah anak bongsu daripada keluarga,jadi keluargaku tidak menetapkan masa depanku,mereka memberi peluang kepadaku untuk memilih jalan hidup sendiri.Sebagai anak bongsu sudah tentulah tanggunjawab agak berat kerana aku adalah harapan terakhir dalam keluarga.






Berbalik kepada tajuk 'Life Is A Journey'.Ya benar,kehidupan adalah sebuah perjalanan.Dan kita tidak akan menyangka adakah tempat yang kita berdiri hari ini akan sama dengan hari esok.Hal ini terjadi kepada diriku.Setelah keputusan SPM diumumkan,peluang untuk menyambung pelajaran tidak putus-putus datang.Aku ditawarkan Kolej Matrikulasi di Johor dalam aliran sains.Memandangkan Johor jauh dari negeri kelahiranku iaitu Kelantan,aku tidak berhasrat untuk memilih Matrikulasi (ada juga pendapat mengatakan matrik ni susah...yeke ?)..Seterusnya aku mendapat tawaran temuduga untuk Institusi Pengajian Guru(IPG).Abah memberikan harapan yang tinggi untuk aku melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan.Atas sebab itu,aku pun pergilah sesi temuduga tersebut.Alhamdulillah,sesi pertama dan kedua berjaya aku tempuhi.Tapi rezeki...ALLAH yang tetapkan,aku tidak berjaya dalam pemilihan terakhir.Sedih,kecewa tu biasa la kan.Masa tu aku rasa macam dah hancurkan harapan abah.Tapi takpe lah kan asal kita dah usaha.Yang penting *usahalah selagi peluang ada didepan mata*. 
 Bila tiba hari keputusan UPU dikeluarkan,aku diterima masuk ke UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN di Kuala Terengganu dalam kos Diploma Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design).Satu kesilapan aku masa pemilihan kos,iaitu aku tidak selidik betul-betul berkaitan kos yang ditawarkan.Pengajaran kat sini,selidik betul-betul sebelum membuat sesuatu tindakan.Dengan rela hati aku pun mendaftarlah di UNISZA.Pada mulanya aku gembira dengan suasana dan cara pengajian disitu.Tetapi malangnya ianya bukanlah minatku untuk berada dalam bidang 'design'.Lagipun dunia reka bentuk sangat mencabar bagiku.Tapi,kehidupan biasalah mesti ada pro dan kontra.Sebagai langkah persediaan aku memohon lagi untuk ambilan kedua UITM.Peluang datang kepadaku apabila aku mendapat jawapan penerimaan ke UITM.Pada masa itu,hatiku sudah berbelah bahagi,samada nk berpindah ataupun tidak.Mana tidaknya,6 bulan aku berada di UNISZA membuatkan hubungan aku dan kawan-kawanku menjadi erat.Aku sayang hendak meninggalkan mereka,tapi apakan daya,aku harus mengejar apa yang aku inginkan.Seingat aku hampir 3 hari 3 malam aku menangis akibat kebuntuan.Keluarga dan kawan terdekat menyuruh aku menunaikan solat Istikarah bagi mencari jawapan 


Dengan segala kekuatan dan yakin akan jawapan sendiri,aku memutuskan untuk berpindah ke UITM.Hati tidak usah diceritakan,sedih hendak meninggalkan segalanya yang tercipta selama 6 bulan.Kawan,kenangan dimarahi pensyarah,hasil kerja dibuang,itu semua kenangan.Tapi aku tahu aku kuat.Khamis,16/11/2014 hari terakhir aku berada di UNISZA.Setiap minit aku memerhati setiap gerak geri kawan-kawanku,berat hatiku untuk meninggalkan segalanya.Hidup perlu diteruskan,perjalanan masih jauh.Ianya melibatkan masa depan.


DALAM KENANGAN...<3


Haaa...tu cerita 5 bulan lepas,Sekarang dah 2015! UITM Kuala Pilah,Negeri Sembilan dimana aku berdiri sekarang dalam bidang Diploma Mikrobiologi.So,benda yang kita nak dah ada depan mata,apa lagi yang kita perlukan selain usaha.HEAD UP AND FIGHT FOR FUTURE !!! :)