Total Pageviews

Tuesday, 10 March 2015

My Journey..






Assalamualaikum...Bermulanya kisah hidup yang menjadi pengajaran buat diri sendiri.Diwaktu usia 18 tahun,usia yang mana bagiku masih setahun jagung untuk berdikari,untuk menguruskan hidup bagi diri ini yang tidak pernah berjauhan dari keluarga.Bermulanya kehidupan bagiku selepas tamatnya SPM(Sijil Penilaian Malaysia).6 bulan waktu berada dirumah,aku dan kawanku sibuk berbincang mengenai hala tuju selepas mendapat keputusan SPM.Hampir setiap hari aku memikirkan soal ini.Ada juga terdetik dihati perasaan iri hati terhadap kawanku yang mempunyai abang dan kakak untuk menolong mereka memilih hala tuju mereka.Aku ? Aku adalah anak bongsu daripada keluarga,jadi keluargaku tidak menetapkan masa depanku,mereka memberi peluang kepadaku untuk memilih jalan hidup sendiri.Sebagai anak bongsu sudah tentulah tanggunjawab agak berat kerana aku adalah harapan terakhir dalam keluarga.






Berbalik kepada tajuk 'Life Is A Journey'.Ya benar,kehidupan adalah sebuah perjalanan.Dan kita tidak akan menyangka adakah tempat yang kita berdiri hari ini akan sama dengan hari esok.Hal ini terjadi kepada diriku.Setelah keputusan SPM diumumkan,peluang untuk menyambung pelajaran tidak putus-putus datang.Aku ditawarkan Kolej Matrikulasi di Johor dalam aliran sains.Memandangkan Johor jauh dari negeri kelahiranku iaitu Kelantan,aku tidak berhasrat untuk memilih Matrikulasi (ada juga pendapat mengatakan matrik ni susah...yeke ?)..Seterusnya aku mendapat tawaran temuduga untuk Institusi Pengajian Guru(IPG).Abah memberikan harapan yang tinggi untuk aku melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan.Atas sebab itu,aku pun pergilah sesi temuduga tersebut.Alhamdulillah,sesi pertama dan kedua berjaya aku tempuhi.Tapi rezeki...ALLAH yang tetapkan,aku tidak berjaya dalam pemilihan terakhir.Sedih,kecewa tu biasa la kan.Masa tu aku rasa macam dah hancurkan harapan abah.Tapi takpe lah kan asal kita dah usaha.Yang penting *usahalah selagi peluang ada didepan mata*. 
 Bila tiba hari keputusan UPU dikeluarkan,aku diterima masuk ke UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN di Kuala Terengganu dalam kos Diploma Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design).Satu kesilapan aku masa pemilihan kos,iaitu aku tidak selidik betul-betul berkaitan kos yang ditawarkan.Pengajaran kat sini,selidik betul-betul sebelum membuat sesuatu tindakan.Dengan rela hati aku pun mendaftarlah di UNISZA.Pada mulanya aku gembira dengan suasana dan cara pengajian disitu.Tetapi malangnya ianya bukanlah minatku untuk berada dalam bidang 'design'.Lagipun dunia reka bentuk sangat mencabar bagiku.Tapi,kehidupan biasalah mesti ada pro dan kontra.Sebagai langkah persediaan aku memohon lagi untuk ambilan kedua UITM.Peluang datang kepadaku apabila aku mendapat jawapan penerimaan ke UITM.Pada masa itu,hatiku sudah berbelah bahagi,samada nk berpindah ataupun tidak.Mana tidaknya,6 bulan aku berada di UNISZA membuatkan hubungan aku dan kawan-kawanku menjadi erat.Aku sayang hendak meninggalkan mereka,tapi apakan daya,aku harus mengejar apa yang aku inginkan.Seingat aku hampir 3 hari 3 malam aku menangis akibat kebuntuan.Keluarga dan kawan terdekat menyuruh aku menunaikan solat Istikarah bagi mencari jawapan 


Dengan segala kekuatan dan yakin akan jawapan sendiri,aku memutuskan untuk berpindah ke UITM.Hati tidak usah diceritakan,sedih hendak meninggalkan segalanya yang tercipta selama 6 bulan.Kawan,kenangan dimarahi pensyarah,hasil kerja dibuang,itu semua kenangan.Tapi aku tahu aku kuat.Khamis,16/11/2014 hari terakhir aku berada di UNISZA.Setiap minit aku memerhati setiap gerak geri kawan-kawanku,berat hatiku untuk meninggalkan segalanya.Hidup perlu diteruskan,perjalanan masih jauh.Ianya melibatkan masa depan.


DALAM KENANGAN...<3


Haaa...tu cerita 5 bulan lepas,Sekarang dah 2015! UITM Kuala Pilah,Negeri Sembilan dimana aku berdiri sekarang dalam bidang Diploma Mikrobiologi.So,benda yang kita nak dah ada depan mata,apa lagi yang kita perlukan selain usaha.HEAD UP AND FIGHT FOR FUTURE !!! :)




No comments:

Post a Comment